ISTANBUL, 2006 – Seorang wanita Turki berusia 64 tahun melahirkan seorang anak damit lelaki di Istanbul, menjadi ibu kedua tertua di dunia, seorang jurucakap hospital mengatakan.
Selepas 35 tahun mencuba, Memnune Tiryaki mengandung melalui persenyawaan in vitro- dengan pemindahan telur daripada seorang penderma di dalam sektor berpisah Turki, Cyprus dan melahirkan anak damitnya melalaui pembedahan di sebuah hospital swasta Jerman di sini.
“Ia adalah satu kejayaan besar… dia adalah wanita kedua tertua di dunia yang melahirkan anak,” jurucakap hospital Bulent Biricik memberitahu AFP, menambah yang seorang wanita Romania melahirkan anak pada usia 67 tahun dalam 2005.
“Kedua-dua ibu dan anak lelaki sihat,” katanya.
Anak damit itu 48 sentimeter tinggi dan seberat 2.7kg.
“Tidak ada sesiapa seharusnya membincangkan usia saya dan membuat pengiraan berapa lama lagi saya akan hidup,” Tiryaki memberitahu akhbar popular Sabah. “Saya hanya mahukan anak dan tidak ada sesiapa tahu betapa gembiranya saya sekarang.”
Ayah budak itu yang berusia 62 tahun juga sangat gembira.