Wanita warga emas maut kebakaran di Limbang

LIMBANG, 6 OGOS – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kebakaran bangunan kedai di Jalan Kubong lebih kurang 2:31 pagi tadi.

Wong Ah Ping yang berusia dalam lingkungan 80an dan dikatakan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik dan tidak dapat diselamatkan kerana api sudah marak, manakala suami dan dua anak perempuannya selamat. – Bernama