Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Wanita warga emas naik traktor selamatkan diri ke bukit

    KUALA BERANG, 4 MAC – Seorang wanita warga emas di Kampung Bukit Gemuroh di sini tidak akan melupakan detik cemas dilaluinya semasa banjir luar biasa Ahad lepas, ketika terpaksa mengharungi arus deras dan menaiki traktor untuk menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi.

    Timah Said, 68, berkata dia menyedari air naik ke rumahnya separas buku lali pada waktu Subuh, membuatkan dia panik lantas berlari ke kedai makan berhampiran bersama anak bongsunya, Mohd Ruzman Wan Sulong, 30, abangnya, Bedolah Said, 80, serta tiga cucu yang tinggal bersama. “Memang keadaan huru-hara ketika itu. Orang kampung semua lari ke kedai makan sebab air laju sangat. Kami berhimpit di dalam kedai. “Tidak sampai setengah jam, kedai itu pula dinaiki air hingga paras lutut namun tidak berapa lama kemudian seorang penduduk kampung bersama sebuah traktor datang ke kedai itu lalu memanggil warga emas dan kanak-kanak untuk naik bagi menyelamatkan diri ke Bukit Gemuroh,” katanya yang ditemui Bernama di rumahnya hari ini.

    Timah berkata keadaan di atas traktor yang dinaiki 20 orang itu sangat mencemaskan kerana penumpang terlalu padat, ada yang terpaksa berpaut pada palang besi kenderaan itu dan berpegangan sesama sendiri. – Bernama

    Penduduk Timah Said, 68, duduk termenung melihat serpihan dinding rumahnya yang tercabut akibat ditolak arus deras selepas kediamannya ditenggelami banjir di Kampung Bukit Gemuruh. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...