SAN FRANCISCO, 29 Mac – Pengeluar aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Syarikat Boeing mengakui beberapa buah komputernya pernah diserang oleh virus komputer WannaCry yang terkenal, yang telah mencetuskan panik di seluruh dunia tahun lalu, menurut laporan media setempat semalam.
Akhbar harian The Seattle Times di Washington berkata seorang jurutera di Pesawat Komersial Boeing telah menghantar amaran yang membimbangkan tentang virus itu kelmarin, yang mana menurutnya boleh mengurangkan pengeluaran peralatan pesawat yang penting di syarikat itu.
Menurut ketua jurutera Komersial Boeing dalam memonya, dia berkata virus itu boleh menyerang peralatan yang digunakan dalam ujian fungsi kapal terbang yang sedia untuk dilancarkan dan berpotensi untuk “merebak ke dalam perisian pesawat.” Namun begitu, eksekutif Boeing telah menawarkan jaminan semalam bahawa serangan virus itu telah dineutralkan dengan hanya kerosakan minimum.
“Kerentanan adalah terhadap kepada beberapa mesin. Kami telah mengatur beberapa perisian. Tiada sebarang gangguan terhadap program jet 777 atau mana-mana program kami,” kata Linda Mills, ketua perhubungan Pesawat Komersial Boeing. – Xinhua
