Wanyama bantu perangi COVID-19 di Kenya

MONTREAL, 30 MAC – Kapten pasukan kebangsaan Kenya, Victor Wanyama, yang juga selaku pemain tengah Major League Soccer (MLS) yang telah menghabiskan tujuh musim terakhirnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) membantu memerangi wabak koronavirus (COVID-19) di negaranya.

Pemain yang berusia 28 tahun itu telah menyumbangkan 200 alat sanitasi untuk keluarga yang miskin di kampungnya di Nairobi dalam sebuah projek tabung dana Montreal Impact dengan bantuan Palang Merah Kenya.

“Semasa perjuangan mencegah COVID-19, penting sekali kita semua sebagai warga Kenya melakukan bahagian kami untuk membantu menghentikan penularannya,” kata Wanyama dalam video di media sosial.

“Jika kita semua memainkan peranan kita, kita akan mampu menangani wabak ini.” Wanyama, yang telah menjaringkan tujuh gol dalam 56 penampilan untuk Harambee Stars di Kenya, membuat dana bantuan Montreal awal bulan ini sebelum musim MLS ditutup oleh pandemik virus tersebut.

Dia menghabiskan tiga musim bersama Southampton dan empat musim dengan Tottenham Hotspur, menjadi pemain Kenya yang pertama bermain di EPL selepas dua musim di liga Scotland di Celtic. – AFP

Pemain tengah Kenya, Victor Wanyama, di Marcoussis, semasa sesi bergambar di pusat latihan ragbi Perancis di Paris. Dia telah menyumbangkan 200 alat sanitasi untuk keluarga miskin di kampungnya di Nairobi dengan bantuan Palang Merah Kenya. – AFP