Wanyama sertai Montreal Impact

MONTREAL, 4 MAC – Pemain tengah Tottenham, Victor Wanyama telah menyertai Montreal Impact dengan perpindahan percuma kelmarin setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan francais Major League Soccer (MLS).

Ketua pasukan Kenya, 28 tahun itu pergi ke Montreal selepas empat tahun bersama Spurs dari Southampton pada 2016.

Dia menikmati musim pertama bersama Tottenham tetapi kecederaan masalah lutut yang dialaminya mengganggu kerjayanya di Liga Perdana Inggeris.

Wanyama hanya membuat empat penampilan di Spurs pada musim ini tetapi kini cuba menghidupkan kembali kariernya di bawah bimbingan jurulatih Montreal, Thierry Henry.

“Victor adalah pemain penting dengan kerjayanya yang hebat,” kata pengarah sukan Impact, Olivier Renard. “Pengalaman beliau tidak dapat dinafikan akan membantu menyokong pemain muda dan membantu mereka maju.” Wanyama berkata memilih bermain untuk Henry mempengaruhi keputusannya untuk ke MLS.

“Apabila saya bercakap dengan Thierry dan dia memberitahu saya dia mahu saya menyertai dia di Montreal, saya tidak perlu berfikir dua kali,” kata Wanyama. – AFP