Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Waran tangkap buat Norjuma

    Usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

    Arahan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan, lapor Harian Metro Online.

    Sebagai rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

    Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, bagaimanapun pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak ada di kediamannya, semalam.

    Menurutnya, pihaknya akan memohon tarikh baharu untuk permohonan waran tangkap ke atasnya sekali lagi.

    “Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” katanya ketika dihubungi, semalam. – Agensi

    Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...