Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Waranti dua tahun bagi pencetak Epson

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Walaupun pengguna salinan digital semakin meningkat, salinan cetakan kertas masih lagi relevan bagi sebahagian besar pengguna IT di Negara Brunei Darussalam.

    Dalam hubungan itu, Epson dan Concepts Computer meningkatkan lagi kerjasama untuk memastikan liputan waranti dua tahun Epson di Negara Brunei Darussalam adalah mudah serta tidak menyusahkan pengguna.

    Wakil dari Epson termasuk Pengurus Jualan Kanan, Epson Malaysia, Tan Boon Hiong bersama-sama Ellan Ho dan CJ Lim mengadakan lawatan ke Brunei Darussalam de-ngan berkunjung ke Concepts Computer, Kiulap, hari ini.

    Hadir untuk mengalu-alukan rombongan berkenaan ialah Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao bersama kakitangan Concepts Computer. Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman berkata bahawa Concepts Computer sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan sokongan selepas jualan yang berkualiti tinggi bagi pelanggan mereka dan akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi utama mereka seperti Epson.

    Oleh itu, lawatan setiap suku tahun oleh wakil Epson ke Brunei, tambahnya, memastikan bahawa hubungan antara Concepts Computer dan Epson akan terus berkembang.

    Manakala, Tan Boo Hiong berkata pihaknya amat gembira dengan pertumbuhan jenama Epson di Negara Brunei Darussalam hasil daripada usaha yang dilaksanakan oleh Concepts Computer dan oleh itu, adalah merupakan satu keputusan yang mudah bagi menyokong sepenuh hati, liputan penuh selepas jualan bagi produk mereka di Brunei.

    Beliau menambah bahawa Ontime Service Network merupakan ejen berdaftar bagi jenama Epson di Brunei, yang telah dilatih oleh pakar-pakar perkhidmatan Epson, untuk membantu pengguna dengan lebih pantas dan cekap.

    Pada masa ini, Concepts Computer mempunyai mesin pencetak jenama Epson pelbagai guna, Epson L3210 Ink-tank, yang mempunyai jaminan waranti dua tahun atau liputan bagi 30,000 muka surat, untuk semua pelanggan Epson di Brunei.

    Ellan Ho, CJ Lim, Vincent Pao, Tan Boon Hiong dan Awang Zul Abdul Rahman semasa kunjungan Epson Malaysia ke Concepts Computer, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Model pencetak yang ditawarkan di Concepts Computer.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...