Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warbasse tawan peringkat keempat

    LAUSANNE, 14 Jun – Larry Warbasse dari AS memenangi peringkat keempat Jelajah Switzerland semalam di Villarssur-Ollon ketika Damiano Caruso dari Itali menyarung jersi kuning pendahulu.

    Warbasse, 26, menunggang berseorangan dari perlumbaan 150km pada peringkat gunung, dan sampai ke kemuncak 40 saat di depan Caruso, yang merampas pendahulu keseluruhannya dari pemecut Australia, Michael Matthews.

    Jersi kuning itu sekarang sudah bertukar tangan sebanyak empat kali dalam tempoh empat hari, dengan penunggang BMC, Caruso 15 saat di depan Steven Kruijswijk dari Belanda.

    Ia adalah kemenangan pertama sepanjang kerjayanya bagi penunggang Aquablue, Warbasse, bekas penunggang pasukan Swiss, IAM Cycling yang sekarang sudah berkubur, selepas dia mendapati dirinya seminit di depan rakannya dengan perlumbaan hanya berbaki 2.3km.

    “Saya suka dengan perlumbaan ini, saya suka Switzerland, saya berada dalam IAM selama dua tahun,” kata Warbasse dengan emosi.

    “Ia dirasakan seperti perlumbaan di tempat sendiri. Semua orang melaungkan nama saya dan saya merasa gembira.”

    Penunggang dari AG2R La Mondiale, Doeminco Pozzovivo menamatkan empat saat di belakang Caruso dan Kruinjswijk pada hari tersebut untuk berada di tangga ketiga dalam kedudukan keseluruhannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda