Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga ABDB adakan Sambutan Hari Raya

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Seramai 150 orang warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pengambilan ke-56 telah mengadakan Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri bersama keluarga mereka, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Menteri Tenaga (Tenaga) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-56, diikuti dengan ucapan Pengerusi majlis, Kapten (B) Pengiran Chuchu bin Pengiran Matahir.

     Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa bergambar ramai bersama warga ABDB.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa bergambar ramai bersama warga ABDB.

    Menurut Kapten (B) Pengiran Chuchu, tujuan majlis berkenaan diadakan adalah bagi meneruskan lagi kesinambungan hasrat dari Majlis Pertemuan Muhibah yang mereka adakan pada Januari lalu, iaitu untuk mengeratkan lagi kemesraan dan tali silaturahim yang sedia ada dalam kalangan jurulatih dan warga.

    Majlis berkenaan yang melibatkan keluarga-keluarga warga iaitu isteri, anak-anak, menantu-menantu serta cucu cicit itu juga dihasratkan agar para keluarga berkenaan akan dapat mengimbas kembali kenangan-kenangan lama.

    Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai, ziarah-menziarahi dalam kalangan warga dan diteruskan dengan penyerahan sampul Hari Raya serta menikmati jamuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda