Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Warga AS diarah tinggalkan Shanghai

    SHANGHAI, 12 APRIL – Amerika Syarikat (AS) hari ini mengatakan ia telah mengarahkan semua kakitangan tidak penting di konsulatnya di Shanghai untuk meninggalkan bandar itu, menyuarakan kebimbangan bagi keselamatan warga AS di China ketika kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung tegas bagi mengekang COVID.

    China tetap dengan dasar ‘COVID sifar’, bertujuan menghapuskan semua jangkitan melalui perintah berkurung ketat, ujian saringan besar-besaran dan sekatan perjalanan.

    Namun dasar itu semakin terbeban sejak Mac apabila lebih daripada 100,000 kes dikesan di Shanghai, membawa kepada perintah berkurung bandar 25 juta populasi itu.

    Penutupan itu mencetuskan kemarahan berleluasa kerana kekurangan bekalan makanan dan satu dasar tidak fleksibel yang menghantar sesiapa sahaja diuji positif ke pusat kuarantin.

    Jabatan Negara AS mengarahkan kakitangan meninggalkan bandar itu kerana ‘penularan semasa COVID’, kata jurucakap dari kedutaan Beijing dalam satu kenyataan.

    Penduduk memakai pelitup muka berbaris bagi ujian saringan besar-besaran bagi koronavirus COVID di sebuah perkarangan kediaman semasa perintah berkurung di daerah Pudong, Shanghai, 12 April. – AFP

    Diplomat AS turut membangkitkan ‘kebimbangan mengenai keselamatan dan kebajikan warga AS dan pegawai China,’ tambah kenyataan itu.

    “Adalah lebih baik bagi kakitangan kami dan keluarga mereka dikurangkan jumlahnya dan operasi kami dihadkan ketika kami berdepan dengan perubahan yang berlaku di sini,” menurut kenyataan itu.

    Shanghai melaporkan lebih 23,000 jangkitan baharu hari ini, manakala berpuluh-puluh lagi bandar di seluruh negara itu memerangi penularan kecil.

    Sebahagian penduduk Shanghai di pinggir bandar dan dianggap berisiko rendah, telah dibenarkan keluar dari kediaman mereka minggu ini, namun peraturan tidak jelas dan ancaman kembali dikenakan perintah berkurung jika kes baharu dikesan, mengakibatkan kebanyakannya dalam keadaan terawang-awang.

    Kritikan terhadap pendekatan strategi sifar COVID tanpa henti China semakin meningkat, ketika lebih banyak negara dunia mula belajar hidup bersama pandemik itu. Dewan Perdagangan Kesatuan Eropah turut memberi amaran, strategi koronavirus China sedang ‘melunturkan keyakinan pelabur asing.’

    Dalam sepucuk surat dilihat AFP, ia menggesa kerajaan China mengubah pendekatan dengan memvaksin warga emas – yang merupakan golongan kadar rendah inokulasinya – dan membenarkan orang yang mempunyai gejala ringan dikuarantin di rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...