Warga AS dihantar pulang dari kapal Jepun

PANGKALAN TENTERA UDARA TRAVIS, AMERIKA SYARIKAT, 17 FEB – Kapal terbang pertama yang membawa rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dipindah dari kapal persiaran dikua-rantin di Jepun mendarat di Pangkalan Tentera Udara Travis di California lewat semalam.

Kapal terbang sewa itu mendarat pada kira-kira pukul 11:29 malam di pangkalan 40 batu dari timur laut San Francisco, menurut seorang jurugambar AFP.

Penumpang akan dikuarantin di pangkalan itu selama 14 hari.

Penerbangan kedua yang membawa 300 rakyat AS selebihnya serta ahli keluarga yang dipindah dari kapal persiaran Diamond Princess dijangka mendarat di pangkalan lain di San Antonio, Texas.

Empat belas penumpang telah kembali dengan ujian positif untuk koronavirus baharu sejurus sebelum penerbangan berlepas dari Jepun dan ditempatkan dalam bahagian khas pesawat udara, kata Jabatan Negara. – AP

Warga Amerika yang dipindah dari kapal persiaran Diamond Princess tiba di Pangkalan Tentera San Antonio-Lackland, kelmarin di San Antonio, Texas. – AP