Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Warga asing bekerja guna pas lawatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Seorang lelaki warganegara asing telah didapati bekerja dengan menggunakan pas lawatan semasa Operasi Tumpas yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) cawangan Kuala Belait, pagi tadi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, operasi berkenaan menyasarkan aktiviti mengecat kenderaan, bengkel rumah persendirian di Kampung Badas, Seria.

    Lelaki berkenaan diarahkan untuk melaporkan diri ke pejabat bahagian berkenaan bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana dipercayai melanggar peruntukan di bawah Peraturan 9(4) Peraturan Imigresen Penggal 17.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja asing. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...