Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Warga asing didakwa cabul kehormatan kanak-kanak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seorang lelaki warga India berusia 51 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin, untuk menghadapi pertuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

    Bagaimanapun, Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Gopal Pillai Kasinathan untuk memberi laluan kepada pihak polis menyelesaikan siasatan.

    Defendan didakwa meraba bawah badan mangsa ketika mereka berada di sebuah rumah di Daerah Brunei dan Muara pada pukul 9 pagi, 29 Ogos lalu.

    Mahkamah memerintahkan defendan ditahan reman dan menangguhkan kes untuk dibicarakan semula esok.

    Pertuduhan Pendakwa Raya Atiyyah Abas terhadap defendan mendakwa dia telah mencabul kehormatan mangsa dengan meraba mangsa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...