Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warga asing didenda $5,000 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Seorang lelaki warga Bangladesh yang mengaku bersalah memiliki empat karton dan satu paket rokok seludup di rumahnya diperintahkan untuk membayar denda $5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

    Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Somsu Mia, 40, menjalani hukuman penjara lima bulan jika dia gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegahan kastam memeriksa rumah defendan di Kampung Anggerek Desa pada 3:25 petang 31 Mei lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...