Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Warga Asing didenda ampir $60,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, telah memerintahkan seorang lelaki warga Bangladesh yang memiliki rokok seludup di rumah untuk membayar denda berjumlah $56,500.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan Md Asadul, 32, menjalani hukuman penjara 16 bulan jika gagal membayar selepas dia mengaku bersalah memiliki 58 karton dan satu paket rokok pelbagai jenama secara haram, bersama wang tunai $250 dipercayai hasil jualan rokok haram.

    Pendakwa raya memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai pencegahan kastam memeriksa kuarters defendan di tapak pembinaan di Kampung Beribi pada 5:55 petang, 3 Ogos lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...