Thursday, August 18, 2022
23.4 C
Brunei

Warga asing ditahan masuk secara tidak sah

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Jabatan Gerakan telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara Malaysia semasa operasi di kawasan Kampung Junjongan, Limau Manis.

Lelaki berusia 19 tahun tersebut telah ditahan kerana cuba masuk ke negara ini secara tidak sah melalui jalan tikus Junjongan Satu menggunakan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran Malaysia. Semasa ditahan, pihak polis telah menjumpai barangan yang dicurigai dipercayai dadah di dalam beg kepunyaan lelaki berkenaan.

Suspek, Mohammad Azlan Shah bin Pangis yang ditahan bersama barang bukti dibawa ke Balai Polis Limau Manis. Kes tersebut diserahkan kepada Biro Kawalan Narkotik (BKN) untuk siasatan lanjut.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -