Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Pendakwa telah mengemukakan lebih banyak pertuduhan terhadap seorang lelaki India berusia 51 tahun di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, yang membabitkan perbuatan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Bagaimanapun, Gopal Pillai Kasinathan telah menafikan kesemua tiga pertuduhan berkenaan.
Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni menetapkan 3 Oktober depan untuk menentukan tarikh perbicaraan.
Pertuduhan Pendakwa Raya Atiyyah Abas mendakwa defendan meraba badan mangsa, dan menyentuh alat sulitnya ketika mereka berada di sebuah rumah di Daerah Brunei dan Muara pada pukul 9 pagi, 29 Ogos, dan kemudian menawarkan untuk membelikannya gula-gula coklat.
Dakwaan kedua menyatakan bahawa defendan mengurut bahu mangsa secara paksa pada petang Julai di rumah yang sama.
Pertuduhan ketiga mendakwa dia juga membelai pipi mangsa dan kemudian menciumnya pada kejadian di rumah sama pagi 13 Ogos.