Warga asing hadapi pelbagai tuduhan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Seorang lelaki warga Indonesia yang berdepan pelbagai kesalahan dihadapkan di Mahkamah Majistret.

Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Heru Setiawan, 36, yang didakwa memecah masuk sebuah rumah di Kampung Bakut Berumput untuk melakukan curi dalam kejadian sekitar Julai 2019, jam 11 malam.

Dia juga menghadapi pertuduhan melakukan pencerobohan di rumah sama sekitar Oktober 2019, jam 11 malam selain turut dituduh tinggal melebihi masa di negara ini setelah pas melawatnya tamat tempoh pada 24 Jun 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli membuat permohonan untuk kes tertuduh didengar di Mahkamah Perantaraan, dan dibenarkan oleh Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu.

Tarikh sebutan kes akan ditetapkan Mahkamah Perantaraan.