Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga asing pertama tinggalkan Gaza

    RAFAH, 1 NOV – Beratus-ratus pemegang pasport asing dan yang cedera terperangkap di Gaza mula meninggalkan wilayah yang dilanda perang hari ini ketika lintasan Rafah ke Mesir dibuka buat kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, lapor wartawan AFP.

    Konvoi bantuan yang sangat diperlukan sudah melepasi kawasan antara Mesir dan Gaza tetapi tiada sesiapa sebelum ini dibenarkan melalui lintasan Rafah.

    Kira-kira 545 warga asing dan dua warganegara bersama kira-kira 90 yang sakit dan cedera mula beratur awal hari ini di terminal, antara mereka yang dijangka meninggalkan Gaza.

    Difahamkan, selepas dibenarkan masuk ke kawasan terminal, barisan panjang terbentuk di sekitar kawasan itu bertujuan pemeriksaan pasport dan dokumen lain.
    Turut kelihatan, ambulans menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka yang cedera dan sakit.

    Zon sekitar terminal itu turut terjejas semasa serangan udara Israel ke atas Gaza selepas serangan Hamas yang menurut pihak berkuasa Israel menyebabkan 1,400 maut dengan kebanyakannya orang awam serta 240 orang lagi dijadikan tebusan. – AFP

    Penduduk Palestin menunggu di lintasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir di Rafah kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda