DENPASAR, INDONESIA, 8 FEB – Polis di pulau peranginan Bali, Indonesia telah menahan seorang warga Australia yang dikehendaki oleh Itali sejak 2016 atas tuduhan mengedar dadah.
Antonio Strangio yang memiliki dua kewarganegaraan Itali dan Australia itu telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali sebaik tiba dari Kuala Lumpur, Malaysia, Khamis lalu, kata seorang pegawai imigresen, Antonius Parlindungan.
Suspek dikenal pasti menerusi notis merah Interpol, katanya hari ini.
Dia dikehendaki polis Itali atas tuduhan mengedar 160kg (352g) ganja, kata penolong penyiasat, Jessica Febria Tokilov. Dia mengatakan Strangio sedang transit di Bali dalam perjalanannya ke Adelaide.
Dia sedang menunggu penghantaran pulang ke Itali, katanya. – AP
