Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Bali berpindah dari Gunung Agung meningkat

    BALI, Indonesia, 28 Sept – Lebih 120,000 orang melarikan diri dari rantau sekitar gunung berapi Agung di pulau pelancong Indonesia, Bali, dengan kebimbangan ia akan meletus kelak, menurut seorang pegawai hari ini.

    Nyoman Parawata, seorang pegawai di pos kawalan agensi pengurangan bencana di Bali berkata, bilangan mereka yang berpindah telah meningkat kepada kira-kira 122,500 orang.

    Mereka berselerakan di lebih 500 lokasi di seluruh pulau itu yang terkenal dengan pantainya, pedalaman yang menghijau dan budaya Hindu yang elegan. Mereka berlindung di kem sementara, pusat-pusat sukan dan bangunan awam lain.

    Gunung berapi itu berada pada tahap amaran tertinggi sejak Jumaat lalu yang mencetuskan penduduk-penduduk kampung beramai-ramai meninggalkan kawasan itu. Beribu-ribu ekor lembu juga dipindahkan.

    Zon pengecualian sekitar gunung itu diluaskan sejauh-jauhnya 12 kilometer dari kawah, tetapi pegawai-pegawai berkata penduduk-penduduk yang berada lebih jauh dari gunung berapi itu juga meninggalkan kawasan itu.

    Antara penduduk Bali yang kini berpindah di pusat pemindahan. – AFP

    Agung, yang mendominasi lanskap di timur laut pulau itu, kali terakhir meletus dalam tahun 1963, membunuh lebih dari 1,100 orang. Ia masih aktif kira-kira selama setahun.

    Ahli vulkanologi berkata pertambahan dramatik dalam gegaran menunjukkan letusan adalah lebih berkemungkinan dari tidak, tetapi mereka tidak menyatakan dengan pasti bila ia akan berlaku.

    “Saya pasti akan mengikut nasihat untuk terus berada di luar zon pengecualian,” kata Heather Handley, seorang penolong profesor bumi di Universiti Macquarie, Sydney. Peningkatan dalam gegaran menunjukkan letusan ‘adalah pasti”, ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda