Warga Bangladesh diminta bekerjasama

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Pekerja Bangladesh yang terdedah perlu melaporkan diri ke hospital apabila mengalami simptom-simptom COVID-19 walaupun pasport mereka telah dipegang oleh broker buruh atau majikan masing-masing.

Perkara berkenaan ditekankan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain semasa ditemu bual, hari ini.

“Mereka tidak perlu bimbang ditahan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di sini, walaupun jika visa-visa kerja mereka telah mansuh, kerana suruhanjaya kita akan memberi bantuan kepada mereka. Saya pasti bahawa kerajaan Brunei juga akan membaharui visa-visa mereka,” tambah beliau.

Tuan Yang Terutama juga berkata bahawa dua ekspatriat Bangladesh, termasuk sebuah keluarga seramai lima orang yang diuji positif bagi COVID-19, telah pulih.

“Pegawai-pegawai suruhanjaya kami mengunjungi kem-kem buruh untuk bercakap dengan mereka yang membuat kerja-kerja bebas dan dianiaya oleh broker visa,” ujarnya sambil menambah, pasport-pasport, kad pengenalan dan sumber syarikat juga diperiksa.

TYT Naib Marsyal Udara (B) Mahmud Hussain semasa ditemu bual, kelmarin.
Antara warganegara Bangladesh yang berada di negara ini menerima cecair pembasmi kuman.

Sehingga kini, menurutnya, kira-kira 400 rakyat Bangladesh di Brunei memerlukan bantuan.

“Kakitangan kami berurusan dengan mereka secara individu setiap hari,” kata Tuan Yang Terutama sambil menambah bahawa sebilangan majikan tidak menjaga pekerja mereka.

Tuan Yang Terutama juga berkata bahawa kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan ke atas sejumlah broker warga Bangaldesh yang terlibat dalam isu visa baru-baru ini yang dipercayai dilakukan oleh pedagang visa.

Mereka telah dihantar pulang ke Bangaldesh di mana kebanyakan mereka telah dipenjarakan.

Tahun lalu, pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam telah mendedahkan apa yang digambarkan sebagai surplus visa racket yang bermaksud untuk membolehkan rakyat Bangaldesh bekerja di negara ini tanpa status kerja yang sesuai.

Mangsa-mangsa didapati tidak mempunyai pekerjaan sehingga 10 bulan selepas membayar $4,000 hingga $6,000 kepada broker.