Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Warga Bangladesh dipenjara, sebat tinggal lebih masa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Mahkamah Majistret pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan tiga kali sebatan ke atas seorang lelaki Bangladesh kerana tinggal lebih masa di negara ini selepas pas kerjanya tamat tempoh.

    Mohd Siddiqur Rahman, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan menyatakan dia memegang pas pekerjaan yang tamat tempoh pada 10 Julai 2021.

    Pendakwa Raya Husna Abidin mendedahkan di mahkamah bahawa defendan menyerahkan diri kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pada jam 3 petang pada 4 Julai lalu.

    Jabatan imigresen membuka penyiasatan yang membawa kepada terungkainya perihal defendan telah berhenti bekerja daripada majikannya pada April tahun lalu dan sejak itu melarikan diri, melakukan pekerjaan rambang secara haram.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni selanjutnya mendengar bahawa bekas majikan defendan memfailkan laporan pada 3 Julai 2021, menjadikan pas pekerja tidak sah.

    Defendan tidak melaporkan dirinya serta-merta kepada pihak berkuasa dan menetap
    di negara ini melebihi tempoh yang sepatutnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...