Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Brunei bayar saman RM12,830

     

    Oleh Arissa

     

    LIMBANG, 20 Ogos – Sebanyak RM12,830 kompaun melibatkan 86 saman berjaya dijelaskan pada operasi Saman Tertunggak Warga Asing  (Brunei) yang dijalankan di jalan utama berhadapan Balai Polis Pusat Limbang, pagi kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Mohd Bukhori Saffai memberitahu sebanyak 135 buah kenderaan (Brunei) telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan oleh dua orang pegawai dan 10 anggota trafik diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Limbang, Inspektor Ijan Abu.

    “Operasi yang diadakan adalah untuk memburu pemilik kenderaan Brunei yang mempunyai saman tertunggak dan gagal dibayar untuk pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya kepada media semalam.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda