Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Warga Brunei didakwa kerana miliki batu karang dilindungi

    MIRI, 11 SEPT – Seorang warga Brunei didakwa di Mahkamah Majistret Miri kelmarin kerana memiliki batu karang yang dilindungi.

    Muhammad Syukri Suhaili, 32, dari Jalan Bebatik Kilanas, didakwa di bawah Seksyen 37 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Perenggan 26) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (2) yang dibacakan bersama dengan Seksyen 37 (2) (b) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Perenggan (26).

    Menurut laporan Borneo Post, jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara setahun dan didenda RM10,000 bagi setiap spesies haiwan dan bahagiannya.

    Tiada rayuan direkodkan daripada tertuduh.

    Berdasarkan fakta kes, Syukri didapati memiliki 10 batu karang (jenis Hydrozoa dan Abthozoa) dibungkus dalam kotak lutsinar semasa dia diperiksa di Pejabat Kastam di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 11 pagi pada 8 September. Perbicaraannya ditangguhkan pada 22 September.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ronald Felix Hardin merupakan pendakwa raya bagi kes itu dan dihakimi oleh Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...