Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Lima lelaki warga China yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan memiliki kad ATM palsu, curi dari akaun dan pembersihan wang haram akan dibicarakan pada Mei dan Jun 2017.
Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menetapkan 29 Mei hingga 24 Jun untuk perbicaraan Zhong Xiaohui, 41, Xie Lirong, 37, Lai Haiyang, 51, Zhong Xiuying, 34 dan Zhong Jianyuan, 46, yang menghadapi 125 pertuduhan.
Kelima-lima tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 dan 25 Jun 2016 di mana mereka didakwa mengeluarkan wang dalam jumlah kecil dari pelbagai mesin ATM menggunakan kad ATM palsu.
Timbalan Pendakwa Raya, Suriana H. Radin memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 12 orang saksi untuk memberi keterangan.