Warga Concepts berbuka puasa bersama

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Concepts Computer hari ini, telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk kakitangan dan keluarga mereka yang berlangsung di Restoran Vanda, Hotel Mulia, Anggerek Desa.

Majlis berkenaan merupakan aktiviti tahunan Concepts Computer dalam bulan Ramadan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan.

Hadir sama-sama berbuka puasa ialah Pengarah Urusan Concepts Computer, Vincent Pao dan isteri, Alice Chan.

Vincent Pao berkata, majlis berbuka berkenaan adalah antara aktiviti mereka dalam bulan Ramadan dan cara mereka memberi penghargaan atas kerja keras para pekerja.

Dalam pada itu, Concepts Computer juga sedang giat mengadakan promosi trade in untuk model Acer, Acer Gaming Monitor, Acer Projector, Epson Projector, dan barangan rangkaian jalur lebar jenama D-Link.

Vincent Pao dan isteri bergambar ramai bersama kakitangan Concepts Computer.