Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Warga emas Afghanistan Utara terima rawatan percuma

    KUNDUZ, AFGHANISTAN – “Rawatan kami adalah percuma dan kami tidak perlu membayar ubat kami di sini di Hawa Save House,” kata Sarwar Khan.

    Khan, 60, adalah antara yang pertama dirawat di pusat perlindungan di Wilayah Kunduz yang menyediakan rawatan perubatan untuk mereka yang memerlukan.

    “Kami mempunyai banyak masalah kesihatan, dan memerlukan penjagaan serta ubat-ubatan. Masyarakat di sini miskin dan tidak mampu mendapatkan rawatan. Terdapat ramai lagi seperti saya yang ingin melihat kemudahan itu berkembang,” kata Khan.

    Di Afghanistan konservatif, kanak-kanak biasanya menjaga ibu bapa mereka, tetapi konflik selama 20 tahun telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada sistem tradisional.

    Hawa Save House ialah kemudahan jagaan harian pertama untuk warga emas yang ditubuhkan sejak pendudukan Amerika Syarikat berakhir tahun lalu.

    Ia mendapat sokongan empat klinik kesihatan swasta, dan lebih daripada 30 doktor dan jururawat bekerja di sana.

    “Ini adalah inisiatif yang baik yang akan banyak membantu kami,” kata Khan. “Saya telah dua kali menerima rawatan di sini dan boleh berjalan dengan lebih baik sejak itu.”

    Fahim Nuri, bertanggungjawab bagi Hawa Save House, memberitahu Xinhua baru-baru ini sejumlah 261 warga emas telah dirawat oleh rumah jagaan harian itu dan menerima rawatan perubatan secara percuma.

    Nazikmir, yang turut menghadiri kemudahan penjagaan itu berkata, lebih banyak rumah jagaan diperlukan. “Kami kebanyakannya tidak mempunyai wang untuk membeli ubat. Ini adalah satu-satunya tempat yang menjaga kami,” kata Nazikmir.

    “Selain menerima rawatan sendiri di Hawa, saya juga telah membawa rakan-rakan saya ke sini, dan mereka kini semakin baik, berkat bantuan klinik,” tambah Nazikmir. – Xinhua

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...