Warga emas berusia 123 tahun ditemui

ABU DHABI – Kakitangan Lapangan Terbang Abu Dhabi terkejut melihat pasport seorang lelaki yang berada di sebuah terminal di sana  kerana menunjukkan dia berusia 123 tahun, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Pasport Swami Sivananda menyatakan bahawa warga emas itu dilahirkan pada 8 Ogos 1896 di Behala, India. Sekiranya maklumat itu terbukti benar, Swami ialah manusia paling tua di dunia yang masih hidup.

Perhatian media

Ketika kejadian baru-baru ini, Swami dalam perjalanan dari bandar Kolkata menuju ke London dengan menaiki penerbangan Etihad Airways yang berhenti seketika di Dubai.

Pada tahun 2016, dia pernah mendapat perhatian media ekoran pasportnya itu dan dilaporkan berkata: “Saya menjalani kehidupan sederhana dan berdisiplin. Saya hanya makan makanan yang direbus tanpa minyak atau bahan perasa, nasi dan dal rebus dengan beberapa cili hijau.

“Saya mengelak daripada meminum susu atau makan buah-buahan kerana saya berpendapat ia merupakan makanan mewah. Pada zaman kanak-kanak, saya sering tidur dalam keadaan berlapar,” katanya.

Dia pernah mencuba untuk mengesahkan umur dan statusnya dalam Guinness Book of World Records selama tiga tahun tetapi ekoran mahu membuktikan usianya, Swami gagal mendapat pengiktirafan tersebut.

Setakat ini, rekod manusia paling tua pernah dipegang Jeanne Louise Calment dari Perancis yang berumur 122 tahun dan 164 hari. – Agensi

Pasport Swami Sivananda menyatakan bahawa warga emas itu dilahirkan pada 8 Ogos 1896 di Behala, India. – Agensi