Warga emas bunuh rakan sepenjara guna pembakar roti

SYDNEY, 3 Jan – Seorang warga emas dari Australia yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isteri dan dua cucunya hari ini didakwa membunuh rakan sebiliknya menggunakan pembakar roti sandwic.

John Walsh, 77, didakwa memukul Frank Townsend dalam sel yang dikongsinya di penjara pemulihan bagi banduan-banduan yang sudah berusia berhampiran Sydney.

Laporan setempat berkata dia menggunakan pembakar roti sandwic.

Seorang pengawal dikejarkan kepada rakan banduan yang mengalami cedera semalam selepas mendengar bunyi bising dari sel mereka.

“Pegawai terbabit memasang lampu sel dan melihat banduan berusia 71 tahun itu diserang,” kata jurucakap dari New South Wales Corrective Services, yang menambah Townsend dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pada 2008, Walsh dijatuhi penjara seumur hidup kerana melakukan pembunuhan terhadap isterinya dan cucunya.

Dia memukul isterinya dan cucunya yang berusia tujuh tahun sehingga mati dan melemaskan cucu perempuannya yang berusia lima tahun dalam bilik mandi, sambil berusaha membunuh anak perempuannya menggunakan kapak.

Tidak diketahui apa masalah di antara Walsh dan Townsend, kata NSW Corrective Services.

Walsh dijadualkan akan dihadapkan ke mahkamah esok. – AFP