Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Warga emas didakwa cederakan jiran guna kayu

    KOTA BHARU, 16 JUN – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan jirannya menggunakan sebatang kayu, minggu lepas.

    Koh Gee Doon, 64, didakwa dengan sengaja mencederakan jirannya, Hor Keng Wah berusia 69 tahun dengan menggunakan sebatang kayu sehingga mangsa mengalami kecederaan di bahagian atas kepala di hadapan sebuah rumah dekat Jalan Kelochor, Padang Kelochor, di sini, pada 12:20 tengah hari, 9 Jun lepas.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...