Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Warga emas digalakkan ambil dos tambahan

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Penerimaan terhadap vaksin dos penggalak amat menggalakkan di mana bagi orang dewasa berusia 50 tahun ke atas, setakat ini, seramai 2,355 orang telah menerimanya.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai sambutan vaksin dos penggalak daripada kumpulan usia 50 tahun ke atas semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau menerangkan lanjut bahawa vaksin dos penggalak adalah penting untuk diambil, bukan disebabkan kehadiran varian COVID-19 seperti Omicron tetapi ia adalah penting bagi menangani penularan COVID-19.

Beliau menambah bahawa imuniti seseorang itu akan berkurangan selepas enam bulan, oleh itu, orang ramai digalakkan untuk mengambil vaksin dos penggalak bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas dengan mengikut fasa iaitu petugas-petugas barisan hadapan serta mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -