Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Warga emas digesa ambil suntikan vaksin influenza

    PETALING JAYA, 7 SEPT – Warga emas digesa mendapatkan suntikan vaksin influenza bagi mencegah penyakit sekali gus mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.

    Timbalan Menteri Kesihatan  Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, lebih 70 peratus kemasukan ke hospital dan 85 peratus kematian berkaitan selesema berlaku dalam kalangan pesakit berusia 65 tahun ke atas.

    “Selesema merupakan penyakit respiratori yang boleh menjangkiti orang tua dengan teruk dan pantas. Oleh itu, penting bagi mereka mendapatkan vaksin untuk jangka hayat lebih lama dan lebih menikmati kehidupan.

    “Selain itu, adalah penting untuk setiap individu kekal sihat, mengekalkan diet sihat dan kekal aktif secara fizikal selain mendapatkan rehat dan tidur yang cukup dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran kempen Preventing the Flu at 65 and Beyond anjuran Immunise4Life (IFL) dengan seruan ‘Flu Prevention, I Get It Done’ (Pencegahan Influenza, Akan Ku Laksanakan) di sini hari ini.

    Pada majlis itu, Dr Noor Azmi membentangkan ‘Tujuh Amalan Kunci Untuk Penuaan Yang Bahagia dan Sihat’ sebagai gaya hidup yang disyorkan untuk warga emas bagi membantu mengekalkan kesihatan, kebolehan untuk berdikari serta kualiti hidup mereka, dengan satu daripadanya adalah mencegah selesema. – Bernama

    Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menjawab pertanyaan media selepas merasmikan program latihan pertolongan cemas dan penggunaan alat Automated External Defibrillator (AED) di Zoo Taiping kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...