Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas ditahan jalankan sabung ayam

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Seorang lelaki berumur 69 tahun telah ditahan kerana dipercayai terlibat menjalankan kegiatan sabung ayam, kelmarin.

    Bertindak hasil daripada maklumat yang diterima, anggota Balai Polis Tutong telah mengendalikan serbuan ke sebuah rumah di Kampung Bukit Udal, Tutong berkenaan laporan mengenai kegiatan pertaruhan wang sabung ayam.

    Pihak polis turut merampas bahan-bahan bukti di tempat kejadian yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan tersebut. Suspek dibawa ke Balai Polis Tutong untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28.

    Kawasan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan sabung ayam dengan taruhan wang tunai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda