Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Warga emas ditahan kutip ‘nombor ekor’

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seorang lelaki warga emas telah ditahan kerana menjalankan aktiviti perjudian iaitu mengutip nombor empat digit (4D) di kawasan kediamannya di Jalan Pandan 6, Kuala Belait, hari ini.

    Menurut Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), penahanan suspek warga tempatan berkenaan adalah hasil daripada maklumat yang disalurkan kepada keanggotaan detektif Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.

    Semasa serbuan dijalankan, pihak polis menjumpai bahan-bahan bukti yang dipercayai digunakan bagi perjudian tersebut seperti sejumlah wang tunai, beberapa keping kertas bertulis nombor 4D berserta satu telefon bimbit.

    Suspek dan barang-barang bukti dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4, kesalahan melibatkan pengendalian loteri, Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...