Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Warga emas mati diheret buaya

    ENGLEWOOD, FLORIDA, 17 JULAI – Seorang wanita ditemui maut selepas terjatuh ke dalam kolam dan diheret oleh dua ekor buaya, kata pihak berkuasa.

    Pejabat Syerif Daerah Sarasota memberitahu saluran berita bahawa seorang wanita warga emas dilihat terjatuh ke sebuah kolam di sepanjang padang golf di Englewood pada Jumaat lalu dan bergelut untuk terus bertahan.

    Ketika mangsa berada di dalam air, dua ekor buaya dilihat mengheret mangsa, kata pihak berkuasa. Wanita tersebut diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Sementara itu, dua ekor buaya berkenaan telah pun dikeluarkan dari lokasi tersebut tetapi masih belum dapat dipastikan jika kedua-dua binatang buas itu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kematian masih belum dapat dipastikan.

    Pesuruhjaya Pemuliharaan Binatang liar dan Ikan Florida berkata buaya-buaya itu lebih aktif ketika suhu meningkat. – AP

    Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam sebuah kolam dan diheret oleh dua ekor buaya.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...