Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Warga emas selamat, rumah terbakar

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seorang lelaki warga emas terselamat dalam kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Serdang, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), mangsa terperangkap di lorong tingkat atas dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi ‘A’ dengan diketuai Pemangku SO Mustapa bin Haji Shadan dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 3:07 petang.

    Kenyataan menyatakan, api besar telah membakar keseluruhan berkenaan yang diperbuat daripada keseluruhan dinding konkrit dan beratapkan spandik.

    Anggota bomba bertindak memadam kebakaran dengan air diperolehi daripada jentera bomba dan relay ke pili bomba yang berdekatan.

    Keadaan bahagian dalam rumah yang terlibat dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.
    Anggota bomba berusaha memadam api semasa kejadian itu.

    Dengan ketangkasan pihak bomba, api telah berjaya dikawal dalam masa 5 minit manakala itu, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    Turut hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’ SFR Pengiran Haji Asmali bin Pengiran Haji Ahmad dan Stesen Komander Balai Bomba Bandar Seri Begawan ASFR Nazri bin Hj Anuar.

    Dalam kenyataan itu, JBP menyarankan orang ramai untuk sentiasa mengawal keselamatan ahli warga emas semasa bersendirian di rumah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini selain memastikan kediaman dilengkapi dengan peralatan alat pemadam api ringkas jenis debu kering 4kg dan selimut api.

    Di samping itu, pastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah dan jangan meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas pastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...