Warga Filipina berdepan tuduhan menipu

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Seorang wanita warga Filipina yang berdepan pertuduhan menipu dan menukarkan harta daripada hasil jenayah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Melanie Tomas Marcos, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu.

Tertuduh didakwa menipu seorang lelaki dengan secara tidak jujur memperdayakannya yang dia telah membayar harga bagi tiga telefon bimbit di mana dia mengetahui yang apa yang diberitahunya adalah palsu.

Kejadian didakwa berlaku pada 27 Mei 2020 sekitar jam 5:18 petang di kawasan Jalan Mumong, Kuala Belait.

Tertuduh juga didakwa menukarkan harta curi dengan menjual Oppo A92 pada harga $300, Vivo V19 pada harga $450 dan Oppo Reno 3 untuk harga $650 kepada dua individu dalam kejadian berasingan pada 28, 29 dan 30 Mei 2020 di Kuala Belait.

Kes akan disebut lagi pada 24 Jun untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.