Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Warga India ingati pemergian Babasaheb Bhim Rao Ambedkar

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Bersempena dengan ulang tahun ke-66 pemergian Babasaheb Bhim Rao Ambedkar, Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam meraikan Mahaparinirvan Divas untuk mengingati serta memberikan penghargaan kepada salah seorang pemimpin yang unggul dan arkitek perlembagaan India, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, di sini, acara itu diraikan di suruhanjaya tinggi berkenaan sebagai sebahagian daripada Azadi ka Amrit Mahotsav [email protected] celebrations.

Kenyataan menyatakan bahawa dalam memberikan penghargaan kepada Babasaheb Bhim Rao Ambedkar, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar mengetengahkan falsafah dan prinsip Babasaheb serta sumbangannya kepada pembinaan India moden.

Beliau juga menerangkan mengenai peranan perintis yang dimainkan oleh Babasaheb dalam menggubal perlembagaan India serta pergerakan sosial bagi mengangkat bahagian masyarakat yang lemah, kurang bernasib baik dan wanita.

Pada majlis itu, dokumentari pendek termasuk Panchteerth mengenai kehidupan dan falsafah Dr Ambedkar telah dimainkan kepada mereka yang menghadiri acara berkenaan.

Kenyataan menyatakan bahawa Babasaheb Bhim Rao Ambedkar bukan sahaja berkhidmat sebagai menteri undang-undang India dan pengerusi Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan untuk menggubal perlembagaan baharu India tetapi beliau juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Reserve Bank of India.

eliau juga memainkan peranan penting dalam menerajui beberapa reformasi bagi keadilan sosial, kesaksamaan dan pendidikan bagi mereka yang tertindas dan wanita yang telah membentuk fabrik demokrasi dan kontur sosial negara.

TYT Ajaneesh Kumar semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -