Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Warga Iran, Iraq dipenjara seumur hidup bunuh rakyat AS

    BAGHDAD, 1 SEPT – Badan kehakiman Iraq kelmarin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang warga Iran dan empat rakyat Iraq kerana membunuh seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) di Baghdad tahun lepas, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq.

    Stephen Troll, ditembak mati oleh sekumpulan penculik bersenjata ketika memandu bersama keluarganya di tengah Baghdad November lepas.

    Penyerang kemudian ditahan dan didakwa selepas mereka mengaku melakukan jenayah itu.

    Pasukan risikan masih memburu empat lagi suspek yang terlibat dalam kes itu.

    Menurut laporan media, Troll yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di Baghdad juga merupakan ahli organisasi bantuan yang bergabung dengan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...