Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Warga Jabatan Bandaran derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Sebanyak 30 pain darah dikumpul dalam kempen derma darah anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hari ini.

    Kempen derma darah sempena sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan kali ke-52 itu diadakan di aras bawah, bangunan jabatan berkenaan.

    Turut serta dalam kempen berkenaan ialah Pemangku Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Hajah Norasyikeen binti Haji Morni.

    Semasa kempen, media berpeluang menemu bual warga jabatan, Awang Adi Yusri bin Jaludin dan Dayang Nur Bayura binti Haji Mohd Hashim yang masing-masing pertama kali menyertai dalam kempen seumpama itu.

    Menurut Awang Adi Yusri, walaupun baru kali pertama menderma darah setelah mendapat sokongan daripada rakan sekerja, beliau melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menderma darah dalam kempen tersebut.

    Beliau seterusnya berharap dapat menyertai kempen derma darah di masa akan datang sebagai usaha bukan saja membantu mereka yang memerlukan tapi juga dapat membantu menambah bekalan stok darah di negara ini.

    Sementara itu, Dayang Nur Bayura turut melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya dalam proses pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah, walaupun sebelum ini pernah dua kali menderma darah tapi gagal dalam proses pemeriksaan kesihatan.

    Hasrat menderma darah sebelum ini tidak tercapai disebabkan masalah tekanan darah. Kali ini beliau telah mempersiapkan diri dengan mengawal pemakanan dan mengambil ubat secara teratur dan akhirnya beliau berjaya menjadi salah seorang penderma dalam kempen kali ini.

    Hajah Norasyikeen semasa menderma darah dalam kempen tersebut.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...