Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Warga JPMC ikuti Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Dengan hasrat untuk menerapkan dan mendedahkan kepada para peserta mengenai pentingnya keselamatan kebakaran, Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Ibu Pejabat dan Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), mengendalikan Kursus Marsyal Bomba bagi pegawai dan kakitangan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun lalu.

    JBP menyatakan seramai 39 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPMC menyertai kursus yang berlangsung di Ibu Pejabat JBP, Jalan Landasan Lama Berakas. Semasa kursus itu, para peserta diberikan penerangan dan pendedahan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik, mempelajari tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan apabila berlaku kebakaran.

    Para peserta kursus juga mengadakan lawatan ke Unit Operasi Wanita serta diberikan penerangan dan mengenali perkakas serta peralatan bomba.

    Pegawai dan kakitangan JPMC bergambar ramai dengan anggota bomba dan penyelamat ketika menyertai Kursus Marsyal Bomba pada 27 hingga 29 Jun lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...