Warga Kanada dipenjara 11 tahun di China kerana mengintip

DANDONG, CHINA, 11 OGOS – Sebuah mahkamah China hari ini menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun ke atas ahli perniagaan warga Kanada, Michael Spavor atas kesalahan mengintip, hukuman yang dikecam oleh Perdana Menteri Justin Trudeau sebagai ‘tidak dapat diterima dan tidak adil’.

Spavor ditahan pada 2018 bersama rakan senegerinya Michael Kovrig dalam apa yang Ottawa katakan dakwaan bermotifkan politik selepas eksekutif Huawei, Meng Wanzhou ditangkap di Kanada atas waran ekstradisi AS. Spavor ‘disabit kerana mengintip dan secara haram memberi rahsia negara’, kata Mahkamah Rakyat Perantaraan bandar Dandong dalam kenyataan. – AFP