Warga Kanada kedua dihukum mati

BEIJING, 7 OGOS – China menjatuhi hukuman mati ke atas seorang lagi warga Kanada atas dakwaan dadah hari ini, warga Kanada kedua yang dijatuhi hukuman mati dalam dua hari.

Mahkamah Perantara Rakyat Foshan di selatan wilayah Guangdong berkata Ye Jianhui telah dijatuhi hukuman kerana menyeludup dan menghasilkan dadah, dan semua asetnya akan dirampas. Menurut Global Times, pihak berkuasa merampas lebih daripada 217 kilogram hablur putih mengandungi MDMA daripada Ye dan lima orang lain.

Anggota lain dalam kumpulan juga dijatuhi hukuman hari ini dan satu hukuman mati dikeluarkan sementara yang lainnya dikenakan hukuman lebih ringan.

Hukuman diumumkan sehari selepas mahkamah di wilayah Guangzhou menjatuhi hukuman mati ke atas warga Kanada Xu Weihong atas dakwaan menghasilkan dadah. – AFP