Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Warga KHEU terima agihan kurma

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengagihkan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada warga KHEU bagi tahun 1443H/2022M yang telah diadakan di Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Dewan Majlis, kelmarin.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat.

    Di majlis berkenaan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada ketua-ketua jabatan di bawah KHEU, untuk diagihkan kepada pegawai dan kakitangan KHEU melalui jabatan, bahagian dan unit masing-masing.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Terdahulu majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti
    dengan majlis pengagihan kurma berkenaan.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin mengagihkan kurma kurnia peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada ketua-ketua jabatan di bawah KHEU.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...