Warga Lubnan dituduh intip dibebaskan

TEHRAN, 11 JUN – Badan kehakiman Iran telah meluluskan pembebasan bersyarat seorang warga Lubnan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun pada 2016 atas dakwaan mengintip bagi Washington, lapor agensi beritanya hari ini.

“Mahkamah berkenaan telah bersetuju bagi pembebasan bersyarat Nizar Zakka dan dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa Lubnan,” menurut Mizan Online memetik jurucakap badan kehakiman Gholamhossein Esmaili sebagai berkata.

“Menurut undang-undang, mereka yang dijatuhkan hukuman sehingga 10 tahun penjara, jika mereka sudah menjalani kira-kira satu pertiga hukuman mereka dengan berkelakuan baik” boleh dibebaskan secara bersyarat.

Menurut Esmaili, Presiden Lubnan, Michel Aoun meminta pembebasan Zakka ‘secara bertulis’ dan sekutu Lubnan Iran, Hizbullah berkata ia dirasakan ‘wajar’. – AFP

Gambar yang disiarkan oleh Direktorat Keselamatan Am Lubnan menunjukkan Ketua Direktorat Keselamatan Am Lubnan, Mejar Jeneral Abbas Ibrahim (kanan) bersama warga Lubnan yang juga penduduk tetap AS, Nizar Zakka. – AP