Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Seorang lelaki warga Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret, kelmarin atas pertuduhan melakukan jenayah curi.
Wong Keng Voon, 38, didakwa mencuri satu alat penghawa dingin, dua peti sejuk, satu mesin pencuci pakaian dan empat biji tayar berserta rim dari sebuah flat di Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas sekitar bulan ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan denda.
Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan esok untuk kes disebut semula.
Kes tertuduh didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.