Warga Mesir inginkan kestabilan, keamanan pada 2017

KAHERAH – Ketika matahari terbit pada hari pertama 2017, kebanyakan penduduk Mesir berharap peluang pekerjaan dan dan harga barangan yang lebih rendah pada tahun baru selepas negara tersebut mengalami kemelesetan ekonomi dan harga-harga pasaran melonjak naik sejak enam tahun lalu.

“Saya berharap para penganggur akan mendapt pekerjaan dan harga yang mampu dimiliki. Jika kedua-dua perkara itu direalisasikan, semua orang akan gembira,” kata Mahmoud Hussein berusia 23 tahun, salah seorang yang berada di salah satu daripada jalan-jalan yang sesak di sekitar Giza Square berhampiran ibu negara Kaherah.

Beliau diantara seorang penganggur daripada 12.8 peratus daripada penduduk 94 juta di negara ini, menurut statistik rasmi terkini, pemuda lelaki tersebut, graduan institut teknikal, memberitahu Xinhua bahawa beliau telah mencari pekerjaan selama berbulan-bulan.

Sebelum meninggalkan tahun 2016, kerajaan Mesir telah memulakan pelan pembaharuan ekonomi yang ketat termasuk langkah-langkah penjimatan dan pemotongan subsidi bahan api dan tenaga, yang telah menaikkan harga daripada kebanyakan komoditi asas termasuk bekalan makanan dan perubatan.

“Saya seorang bapa kepada enam orang anak. Kos untuk satu hidangan hari ini bagi keluarga yang mempunyai lapan orang ini telah meningkat dua kali ganda sekarang. Kami benar-benar inginkan untuk keadaan yang lebih baik pada tahun 2017,” kata Hany Rashed, seorang kontraktor berusia 45 tahun, di kedai kopi tempatan di pusat bandar Kaherah.

Orang ramai menyambut Tahun Baru di pusat bandar Kaherah, Mesir. – Xinhua
Orang ramai menyambut Tahun Baru di pusat bandar Kaherah, Mesir. – Xinhua
Orang ramai menyambut Tahun Baru di pusat bandar Kaherah, Mesir. – Xinhua
Orang ramai menyambut Tahun Baru di pusat bandar Kaherah, Mesir. – Xinhua

Rashed berkata kenaikan harga dalam bahan pembinaan adalah disebabkan kemelesetan pasaran, “pelanggan kini menangguhkan rancangan pembinaan mereka sehingga harga menjadi stabil,” dan menyatakan bahawa harga satu tan keluli meningkat sebanyak kira-kira 25 peratus kepada 11,000 pounds (lebih AS$600).

Kestabilan dan penghapusan keganasan dan ekstremisme juga antara keinginan penduduk Mesir, kerana negara ini telah mengalami banyak serangan pengganas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada malam Tahun Baru, seorang anggota polis dan askar kerahan terbunuh apabila bom tepi jalan disasarkan kepada kenderaan keselamatan mereka di wilayah Utara Sinai, Mesir yang bergolak yang bersempadan dengan Israel dan Semenanjung Gaza, Palestin. Terdahulu pada awal bulan Disember, pengeboman berani mati di sebuah gereja di Kaherah telah membunuh sekurang-kurangnya 28 orang penganutnya.

“Keganasan adalah sumber segala kejahatan. Jika dihapuskan, keadaan akan menjadi lebih baik,” Mina Nemr, seorang jurujual berusia 36 tahun di sebuah pasar raya di kejiranan Boulak al-Dakrour di Giza, memberitahu Xinhua. Beliau juga menyifatkan kenaikan harga itu dianggap ‘gila.’

Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail telah mengadakan beberapa pertemuan dengan menteri-menteri berkenaan sebelum akhir tahun ini yang menetapkan rancangan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga dan menyelesaikan masalah kekurangan beberapa bekalan makanan termasuk gula dan beras dan berusaha agar dapat tersedia di kedai-kedai yang dikendalikan oleh kerajaan.

Sebuah feri berlayar di Sungai Nil di Kaherah, Mesir, yang diselubungi kabus. – Xinhua
Sebuah feri berlayar di Sungai Nil di Kaherah, Mesir, yang diselubungi kabus. – Xinhua
Para pekerja Mesir membaik pulih Gereja Saint Peter dan Saint Paul yang rosak teruk akibat letupan bersebelahan dengan Katedral Saint Mark di Kaherah, ibu negara Mesir. – Xinhua
Para pekerja Mesir membaik pulih Gereja Saint Peter dan Saint Paul yang rosak teruk akibat letupan bersebelahan dengan Katedral Saint Mark di Kaherah, ibu negara Mesir. – Xinhua

Oleh kerana sifat manusia yang berbeza, kehendak dan keutamaan hidup mereka juga berbeza.

Sesetengah daripada mereka berhasrat untuk menukar kereta mereka dan ada juga yang menyatakan untuk melihat kejayaan anak-anak mereka di sekolah. Sesetengah penduduk juga berhasrat untuk kemenangan pasukan bola sepak mereka dan ada juga berharap untuk penyembuhan segera bagi saudara mara mereka yang sakit.

Ada juga yang berbunyi realistik, bersemangat dan ada juga yang pelik, seperti seorang lelaki ini yang menginginkan untuk mempunyai seorang lagi isteri!

“Secara peribadi, saya ingin untuk berkahwin lagi pada tahun 2017. Saya tidak boleh bersuara kerana isteri saya berdekatan dengan saya. Keluarga-bijak, saya ingin menjadi bapa kepada tiga anak kembar,” Ahmed Lotfy, seorang lelaki berusia awak 30-an, berbisik bergurau kepada Xinhua.

Kebanyakan kedai-kedai, restoran dan pusat membeli belah di Kaherah dihiasi dengan belon berwarna-warni, dan poster ‘Selamat Tahun Baru 2017’ di ruangan kedai mereka.

“Saya berharap untuk lulus didalam peperiksaan tahun ini agar dapat menyertai kolej yang baik dan membanggakan ibu bapa saya,” Rawan Ahmed, seorang pelajar sekolah tinggi perempuan, memberitahu Xinhua di luar sebuah kedai menjual gula-gula dan hadiah di pusat bandar Kaherah. – Xinhua