Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warga MOFE panjat kesyukuran Hari Keputeraan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau, Bangunan MOFE.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan kementerian tersebut termasuk pegawai dan kakitangan dari Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Adhan bin Hashim dan diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan solat Fardu Asar berjemaah.

    Majlis berkenaan diadakan sebagai melahirkan kesyukuran akan kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah SWT.

    Pada tahun ini, majlis dikelolakan oleh Bahagian Hasil, MOFE.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau, Bangunan MOFE, kelmarin.
    Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina turut hadir pada majlis keagamaan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...